Pages

Sunday, August 25, 2013

KESAN LAMAN SOSIAL KEPADA KITA

assalamualaikum.....


Apa itu laman sosial? Laman sosial ialah alat untuk berkongsi dan berhubung dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia di alam maya. Pada masa kini, seseorang yang tidak memiliki akaun di laman sosial dikatakan ketinggalan zaman dan tidak mengikuti perkembangan teknologi semasa. Di antara laman sosial yang popular ialah Facebook, Twitter, Google+ dan MySpace. Laman sosial ini menjadi bertambah popular kerana ianya boleh di akses di mana saja berada hanya dengan menggunakan telefon bimbit. Di sebalik keghairahan masyarakat kita menggunakan laman sosial, kita harus sedar tentang kebaikan dan keburukan menggunakan laman sosial ini. Setiap masyarakat kita mesti mengambil sikap secara serius tentang risiko-risiko yang bakal dihadapi hasil dari laman sosial ini. di sini saya ingin kongsikan keburukannya dan kesanya kepada kita.

Keburukan:-

1. Pembaziran masa.  Penggunaan yang terlampau lama di dalam laman sosial mengakibatkan pembaziran masa berlaku. Contohnya aplikasi “games”. Terdapat ramai pengguna laman sosial menjadi ketagih dengan aplikasi “games” seperti Farmville, Mafia Wars dan Pet Society. Ianya seolah-olah menjadi satu kerugian kepada mereka sekiranya meninggalkan permainan tersebut. Ianya memang secara terang berlakunya pembaziran masa. Masa diluangkan dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah.

2. Penipuan. Penipuan boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk juga di laman sosial. Pengguna laman sosial mesti bijak dalam mengenalpasti akan kesahihan sesuatu perkara yang terdapat di laman sosial. Pengguna juga jangan cepat percaya dengan orang yang tidak dikenali.Contoh penipuan yang terdapat di laman sosial adalah seperti pelaburan haram. Terdapat ayat-ayat yang digunakan seperti “setiap kali login di facebook dapat RM100”..memang menarik tapi begitu mudah nak dapat duit? Apabila di siasat ia hanyalah sebagai salah satu teknik untuk menarik perhatian pengguna facebook memasuki skim tersebut. Terdapat juga pengguna yang tertipu akibat terlampau percaya dengan kenalan facebook yang hanya dikenali di laman sosial. 

3. Pencerobohan akaun. Pengguna laman sosial dinasihatkan supaya tidak memasukkan maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, nombor telefon, alamat rumah dan sebagainya. Sekiranya pencerobohan maklumat berlaku, mereka yang tidak bertanggungjawab, boleh menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan-tujuan tertentu yang pasti tanpa keizinan pemilik yang sebenar. Seringkali kita mendengar akaun laman sosial selebriti-selebriti tanahair yang berjaya diceroboh dan ianya memberi kesan yang buruk kepada pemilik sebenar. 

4.Sebagai satu media untuk menyebarkan fitnah. Terdapat juga kes di mana laman sosial digunakan sebagai alat untuk menyebarkan fitnah di mana gambar-gambar yang tidak senonoh mungkin telah diupload tanpa pengetahuan pemilik gambar tersebut dan pelbagai fitnah telah dilemparkan. Pemilik akaun laman sosial seharusnya bijak dalam mengendalikan akaun mereka.  Add Friends hanya yang dikenali, kadang-kadang kita lihat beribu jumlah friends, tapi kenal ke? Kalau tak kenal, perkongsian maklumat harus la terhad.

5. Kebocoran maklumat. Ini boleh berlaku sekiranya pemilik akaun laman sosial memberi maklumat sulit tentang syarikat di mana tempat mereka bekerja. Kebocoran maklumat ini boleh memberi kesan negatif kepada syarikat terbabit. Pekerja sesebuah syarikat harus tahu membezakan maklumat yang boleh dikongsi dengan orang ramai dengan maklumat yang tidak boleh dikongsi dan sekiranya dikongsi boleh memberi kesan yang buruk kepada syarikat  tersebut sekiranya maklumat tersebut diketahui oleh pesaing syarikat terbabit. Sekiranya tak tahu nak beza, jalan selamat, tidak perlu kongsi maklumat tersebut. 

from: farhana khairudin

APA ERTI MENJADI SEORANG PELAJAR
assalamualaikum.......
topik bagi penulisan saya ialah apa erti menjadi seorang pelajar.
Pelajar berjaya mempunyai matlamat dan sasaran yang jelas.Mereka tahu apa tujuan mereka belajar. Mereka tahu berapa ‘A’ yang mereka mahukan atau berapa peratus markah yang mereka mahukan. Mereka juga jelas tentang pengkhususan atau bidang yang ingin diceburi di universiti, mahupun kerjaya yang bagaimana bakal ditempuh dan sebgainya. Bagi seorang pelajar Muslim, penetapan matlamat dan sasaran adalah sangat penting. Namun matlamat dan sasaran yanag ingin ditetapkan, adalah berlandaskan kepada petunjuk dan panduan yang telah digariskan oleh Islam. Sebagaimana dinukilkan dalam hadith Nabi (SAW),
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” [ Riwayat Al Bazzar]
menjadi seoarang pelajar adalah salah satu tanggungjawab yang agak rumit dan besar. bagi saya menjadi seorang pelajar yang cemerlang banyak yang kita perlu tempuhi untuk mengejar impian masing-masing. apa jua cabaran dan dugaan yang mendatang akan kita lalui dan tempuhi dengan tabah dan penuh semangat samada dari segi pembelajaran mahupun konflik kehidupan masing-masing. serta bijak menangani apa jua masalah yang kita hadapi.
kadangkala kita jatuh tetapi janganlah mudah mengalah dan sebaliknya kita harus terus berusaha bagi mencapai impian dan memperoleh kejayaan yang kita impikan selama ini. insyaallah kita akan berjaya.

from: farhana khairudin

Thursday, August 15, 2013

Apakah kesan laman sosial kepada kita?

 بسم الله الرحمن الرحيم

Laman sosial makin menjadi tapak bagi pengguna internet bagi memperluaskan lagi rangkaian kawan-kawannya. Boleh dikatakan semua pengguna internet mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun laman sosial. Ianya menjadi fenomena sekaligus memberi kesan samada baik atau buruk. Dalam entri ini saya akan berkongsi keburukan dan kebaikan laman sosial kepada pengguna internet.


Kebaikan laman sosialツ
  1. Boleh menghubungi teman lama yang terpisah. Kira macam ‘Jejak Kasih’ la. Boleh mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan antara satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah lama. Kisah manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya. Silap haribulan boleh jumpa balik kekasih lama yang telah terpisah /dipisahkan.
  2. Mudah memberitahu sesuatu perkara. Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh di letakkan di sana dan dimaklumkan kepada rakan-rakan. Mudah dan cepat.
  3. Perkongsian maklumat. Kalau anda bijak mencari kawan yang sesuai, anda akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. 


Keburukan laman sosialツ
  1. Melalaikan. Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan tanggungjawab.
  2. Obses. Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang darinya. Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika ber’sosial’ di laman tersebut. Tak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan obses terhadap laman sosial.
  3. Terhakis pergaulan secara realiti. Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding offline. Sedikit sebanyak mengugat komuniti tempatan.
  4. Gangguan kesihatan. Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Hal ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan.
  5. Gangguan oleh individu tak dikenali. Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi . Sebab itu perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda.
Antara laman sosial yang menjadi fenomena kepada generasi kini




Kenapa menulis itu susah?

Assalamualaikum

Sempena cuti raya ini, pensyarah kami telah berikan tugasan untuk menulis blog dengan tiga tajuk yang berbeza. Huhuhu. Cuti pun kena buat assignment okay. Hehe Biasalah pelajar memang suka tangguh-tangguh kerja. Bila dah banyak baru kelam kabut. Hehehe


Tajuk yang diberi ialah 'Kenapa menulis itu susah?' Susah ke menulis ni? Hmmm, pada pendapat peribadi saya lah menulis itu tidaklah susah seperti yang dinyatakan. Hal ini kerana dengan menulis kita diberikan hak atau kebebasan untuk mengutarakan pendapat atau membangkang pendapat orang lain sekiranya perlu. 


Selain itu, dengan menulis jugak lah kita dapat ilmu pengetahuan, memperbaiki penggunaan tatabahasa kita terutamanya dalam karangan dan kita juga dapat meluaskan ilmu yang kita tahu kepada orang lain. Jadi, menulis itu tidaklah susah sebenarnya. Penyakit 'M' yang membuatkan benda ni susah. 


Bila kita dah set dalam kepala yang menulis itu susah benda yang senang pun akan jadi susah. Jadi, dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Terpulang pada individu sendiri jalan mana yang mereka pilih. Tiada perkara yang senang dalam dunia ini. Pepatah ada mengatakan 'Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian'ツ 



Always think positive

Inspirational quoteツ





Quote from inspiring life quotes

Saturday, August 3, 2013

Apa erti menjadi seorang pelajar?

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang."

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya update blog ni. Setelah sekian lama bermain tarik tali dengan diri sendiri untuk update blog, akhirnya tercapai juga hasrat yang terpendam ini.

Mula-mula rasa kekoklah pula nak menulis walaupun sebenarnya banyak benda yang nak diceritakan. Sebenarnya sudah agak lama pensyarah memberi arahan untuk membuat entri pertama di blog. Tapi tiba-tibalah pula jadi ‘kelu’. Kelu bukan apa. Tak tahu nak bermula dari mana.

Entri pertama yang diberikan kepada saya adalah berkaitan apa ertinya menjadi seorang pelajar? Pada pendapat saya seorang pelajar bukan setakat belajar sehingga berjaya dan lulus peperiksaan semata-mata. Berat sebenarnya tanggungjawab/tugas sebagai seorang pelajar. Tanggungjawab yang dipikul bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi melibatkan ramai pihak. Antaranya ibu bapa, adik-beradik, pensyarah, rakan-rakan dan tidak dilupakan juga niat kita belajar segala ilmu tentunya kerana Allah s.w.t. Menjadi seorang pelajar tidak semudah yang disangka. 

Sebagai pelajar yang masih menuntut di universiti, rakan-rakan adalah antara orang yang paling rapat dengan kita. Memilih sahabat yang baik sangat sangat dititik beratkan kerana jika tersalah langkah kita akan terpengaruh sama. Oleh hal sedemikian, hal ini tidak seharusnya dianggap enteng oleh pelajar. Mereka perlu tahu kesannya jikalau tersalah dalam menilai sahabat baik yang sentiasa ada ketika susah dan senang dengan sahabat yang ada ketika kita senang sahaja. 

Pelajar bukan sahaja perlu menjaga nama baik diri sendiri bahkan nama baik ibu bapa juga. Pelajar perlu menjaga perlakuan walau dimana jua kita berada. Perwatakan yang baik melambangkan ibu bapa berjaya dalam mendidik anak-anak mereka. Sesetengah pelajar apabila berada jauh dari keluarga, mereka mula berubah perangai masing-masing atau dalam erti kata yang lain 'culture shock'. 

Saya sendiri setakat ini, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Tapi tipulah kalau saya katakan hari-hari yang saya lalui semuanya serba serbi SEMPURNA. Tidak. Ujian pastinya mengiringi hari-hari saya. Terpulang pada diri ini saja bagaimana untuk menerima dan menghadapi ujian-ujian tersebut.

“Sesulit mana pun ujian yang diberi, pasti akan menjadi mudah bila diri percaya dan yakin pada ketentuan dari Allah s.w.t semuanya akan dapat diatasi walaupun pada permulaannya agak sukar untuk dijalani.” Dan Alhamdulillah, Allah s.w.t sentiasa memberi kekuatan pada saya untuk terus menghadapi ujian-ujian dari Dia.

Semenjak bergelar pelajar, saya belajar banyak perkara. Termasuklah mendidik diri sendiri untuk menjadi berani, yakin pada diri, bersabar, berdikari, berusaha. Alhamdulillah ya Allah. Mungkin ujian yang berlaku ini adalah ujian untuk diri saya agar menjadi seorang pelajar yang lebih baik.

Saya selalu yakinkan diri bahawa pandangan manusia pada saya itu hanya biasa. Saya lebih mementingkan pandangan Allah kerana pandangan itulah yang lebih utama untuk menentukan saya hamba yang bagaimana.

Sesungguhnya, yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. Semoga Allah meredhai.

Syukran Allah :D