Pages

Thursday, September 26, 2013

Apa Ertinya Menjadi Seorang Pelajar

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.



 Seorang pelajar haruslah memiliki sifat berdisiplin. Disiplin sangat penting di dalam kehidupan seorang pelajar. Pelajar perlulah sentiasa mencari pengalaman baru dan sentiasa ingin mencuba benda yang baru.


 
Selain itu pelajar haruslah sentiasa menghormati guru atau pensyarah di samping menyiapkan tugasan dan elakkan melakukan tugasan di saat akhir. Sebagai seorang pelajar kita haruslah berfikir ke masa hadapan kerana pelajar adalah asset  yang akan menerajui negara.

Inspirational Quotes 






 

Pengaruh Media Sosial


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang rangsangan rangkaian social di kepada pelajar. Rangkaian sosial pada pelajar akan membuatkan pelajar menjadi alpa sehingga melupakan terhadap pelajaran mereka.



Di samping itu juga ia menyebabkan mereka menjadi mudah terikut dengan perlakuan dan perilaku yang ditunjuk kan di dalam laman sosial. Ini bukan sahaja member kesan pada pemikiran bahkan akan menjadi masalah pada negara juga akhir.



                             

Kenapa menulis tu payah???


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. 

Tajuk yang ingin di kongsi pada kali ini ialah mengenai tabiat tidak suka menulis di kalangan pelajar.

Antara sebab utama yang menyebabkan pelajar sama ada di universiti atau di sekolah kurang dan tidak suka menulis adalah disebabkan oleh kurangnya tabiat membaca. Justeru, rendahnya tradisi membaca akan menyebabkan rendah tabiat menulis di kalangan pelajar. Seharusnya membaca haruslah diterapkan dan diasuh di kalangan pelajar . Contoh adakan banyak kempen dan berikan buku percuma untuk menjadi tatapan pelajar di masa waktu lapang.




Selain itu, menulis juga dikata kan sukar kerana memerlukan idea yang harus diperah dan ini akan mengambil masa yang lama dan menyebabkan pelajar merasa bosan. Dalam pada itu, menulis juga menyebabkan rasa mengantuk yang teramat sangat kerana sambil masa yang terlalu lama di hadapan laptop. 









INSPIRATIONAL QOUTES

"The will to win, the desire to succeed, the urge to reach your full potential... these are the keys that wil unlock the door to personal excellence. " (Confucius)

"Optimism is the faith that leads to achievement. Nothing can be done without hope and confidence. " (Helen Keller)

"The power of imagination makes us infinite. " (John Muir)

" Happiness is not something you postpone for the future; it is something you design for the present. " (Jim Rohn)

" If you accept the expectations of others, especially negative ones, then you never will change the outcome. " (Michael JordaN)






Kebaikan dan Keburukan Laman Sosial:)


Bila sebut sahaja facebook, twitter, friendster, tagged dan my space siapa yang tak tahu. Bukan hanya di kalangan remaja malahan orang dewasa pun gemar menggunakan laman sosial tersebut. Bukannya apa tak nak dikatakan kita ketinggalan zaman.Haruslah ikut perkembangan dunia teknologi. Memang tak salah tapi setiap apa yang baik pasti ada keburukannya. Kat sini kawan nak bahaskan keburukan dan kebaikan laman sosial untuk renungan semua.

Kebaikan Laman Sosial:)

1.      Dapat mengeratkan silaturrahim. Laman sosial memang seronok sebab kita dapat cari kawan2 sekolah yang dah lama tak jumpa. Dapatlah kita tahu perkembangan diaorang selain bertanya khabar.

2.     Dapat mencari duit poket atau mengembangkan bisnes.Bagi sesiapa kaki bisnes, laman sosial ni adalah tempat yang paling strategik untuk kita kembangkan bisnes kita.Ramai jugak di kalangan pengguna laman sosial yang mengambil kesempatan untuk menjual pakaian, tudung, aksesori dan sebagainya pada kawan2 untuk tambah duit poket. Bagus tu at least kita dapat tambah pendapatan.

3.      Dapat bertukar pendapat, menyumbangkan idea dan berkongsi pengalaman.Laman sosial digunakan bagi sesetengah pihak untuk bertukar pendapat, menyumbangkan idea dan berkongsi pengalaman masing2 tentang sesuatu isu. Dapat jugak menambah ilmu dan pengalaman yang berguna untuk masa depan.

4.     Tempat meluahkan perasaan. Hah, memang betul laman sosial ni tempat paling sesuai untuk kita meluahkan perasaan.At least ada orang yang akan bagi komen dan sokongan buat kita bila jiwa kita tengah kacau.

5.     Dapat mengisi masa lapang. Kalau tak ada keje nak buat atau sekadar nak release tension boleh chatting dengan kawan2 kat laman sosial ni. Dapat jugak hilangkan boring.

Keburukan Laman Sosial:)

1.     Bukan setakat dapat mengeratkan hubungan silaturrahim, malahan laman sosial ni dapat memutuskan hubungan silaturrahim. Mana tidaknya bila kita tak puas hati dengan si polan kita mengumpat dia dengan kawan kita yang lain.Hai..korang ingat si polan tu tak boleh ke terbaca wall post korang tu. Kalau dah si polan tu terbaca nanti tak ke melenting si polan tu. Apa lagi jadi bahan lah nak cari gaduh.

2.     Memang bagus untuk cari duit poket kat laman sosial ni. Tapi ramai jugak kawan2 kita yang kena tipu.Mana tidaknya ada ke pergi bagi number akaun bank di wall post. Orang yang berniat jahat pasti akan terfikir nak buat jenayah.

3.      Ya, memang laman sosial dapat menambah ilmu kita sedikit sebanyak. Kalau ilmu yang baik tak ada salahnya. Tapi kebanyakannya ilmu yang tak baik. Ilmu lucah la, ilmu songsang la malahan ilmu hitam pun ada. MasyaAlllah…

4.      Tak salah nak luah perasaan kat laman sosial tapi jangan sampai mengguriskan hati orang lain. Kalau anda tak puas hati dengan si polan anda pun luahkan perasaan anda.Bila si polan baca kat wall post anda si polan pun jadi berang. Benda kecik pun boleh jadi besar. Kalau agak2 benda tu privacy simpan sendiri sudah tak perlu nak bercerita kat laman sosial.

5.      Memang dapat mengisimasa lapang dengan benda berfaedah tapi ada jugak yang sampai tak ingat dunia bila dah mengadap depan komputer layan facebook.Solat tak diendahkan, waktu makan pun tak dihiraukan, panggilan mak dan ayah pun ditengkingnya. Pendek kata kalau dah duduk depan computer layan facebook tak ada makhluk yang boleh ganggu.Macam tu sekali laman sosial ni boleh mengkhayalkan dan melalaikan kita. Pelajaran terabai akidah pun terabai. Penjawat2 awam dan pekerja2 pun tak boleh nak jalankan tugas dengan baik kalau asyik nak layan chatting kat laman sosial..

#Sedikit sebanyak yang boleh saya coretkan tentang pengaruh baik dan buruk laman sosial terhadap golongan sekarang ;)

ERTI SEORANG PELAJAR

Bila kita cerita tentang kehidupan seorang pelajar yang terpaksa menghadapi pelbagai saringan untuk bergelar mahasiswa adalah amat sukar. Mungkin pernah kita dengar guru-guru sewaktu zaman sekolah sering berkata. Belajar dekat Universiti lagi senang berbanding belajar dekat sekolah. Bagi saya, macam lebih kurang ja. Mungkin apa yang dikatakan cikgu tu betul. Tapi pada dasarnya ia terletak kepada kemampuan individu tersebut dalam menangani perkara dengan baik dan sistematik.

Disekolah, kita dibimbing oleh guru, kadang-kadang tu dirotan, dimarah dan didenda. Tapi sekarang baru saya sedar. Mengapa dan kenaoa mereka buat begitu dulu. Tugasnya mereka hanya mendidik dan selebihnya terletak dibahu para pelajar tersebut. So jangan kata cikgu-cikgu disekolah tu jahat dan garang. Dan kita kena tahu pada zahirnya bahawa tugas mereka hanya mendidik bukan mengherdik. Pengalaman pindah ke 5 sekolah cukup mendewasakan saya sebagai seorang pelajar. Saya kenal apa itu erti kesusahan, kesetiaan tanggungjawab dan sebagainya.Even saya bukanlah tergolong dalam murid cemerlang dalam sekolah yang pernah saya menuntut ilmu. Banyak benda sebenarnya yang saya belajar.:D.

Saya pindah pun bukan berdasarkan tahap disiplin yang rendah dan sering membuat hal. Opss! tidak sama sekali. Please percaya.Saya murid yang baik. Hehe. Orang pernah cakap,Doa ,usaha dan tawakal. Tapi ramai orang yang tinggal dua perkara yang utama sedangkan perkara terakhir yang perlu mereka buat adalah tawakal,tidak sepenting doa dan usaha. Even kita bertawakal tapi Doa dan usaha tidak mengiringi kita, pun tidak boleh jugak. Ingat kita hidup didunia berlandaskan seorang Islam.Islam mengajar kita pelbagai bentuk persediaan samada diukhrawi dan duniawi. So sebab tu kita tidak boleh membelakangkan agama dalam menggapai cita. Even kita berusaha bagai nak rak pun. kalau tanpa doa dari kedua ibu bapa untuk merestui segala apa yang kita belajar pun tak guna jugak. So macam apa yang saya katakan. Menjadi seorang pelajar DOA,USAHA,TAWAKAL harus diselarikan,InsyaAllah.:)

KENAPA MENULIS ITU SUSAH ??


Susah selalunya bermula apabila timbul rasa malas dan kurang keyakinan pada diri sendiri. Menulis bukan sesuatu yang susah. Bahkan ia menjadi satu aktivi yang menarik sekiranya diamati dengan baik. Terdapat banyak perspektif yang menjadikan menulis itu susah.

Pertama adalah apabila menulis dalam keadaan terpaksa. Keadaan terpaksa menyebabkan seseorang itu hilang daya tumpuan terhadap penulisan mereka. Mereka tidak dapat idea dan penulisan yang baik. Adakalanya mereka hanya ambil sambil lewa kerana penulisan itu sesuatu yang menyakitkan hati dan tidak seronok. Penulisan yang baik datang dari fikiran yang tenang dan idea yang bernas.

Sebab kedua ialah malas. Seperti diatas, ramai yang menyatakan menulis itu susah tetapi mereka tidak sedar bahawa sifat malas yang datang dari diri mereka sendiri. Malas memang penyakit manusia. Malas perlu dihakis dalam diri dengan melakukan pelbagai aktiviti. Salahsatunya ialah menulis dan tidak kesah sekiranya dengan sepotong ayat. Bak kata pepatah “sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit”. Dengan sepotong ayat dilakukakan setiap hari boleh menghasilkan sebuah karangan yang menarik. Malah dengan menulis boleh menajamkan minda dan kemahiran.

Ketiga sebab kenapa menulis itu susah ialah rasa kurang keyakinan pada diri sendiri. Kadangkala seseorang itu bukan tidak mahu menulis, tetapi rasa kurang keyakinan untuk menulis. Selain itu, seseorang itu tidak berani mengasah bakat mereka dalam penulisan. Mereka rasa menulis sesuatu yang remeh dan sebagainya. Mereka kurang keyakinan bahawa sesutu penulisan itu kadangkala boleh memberi impak, pandangan dan dapat berkongsi idea dengan orang lain. Dengan menulis, seseorang boleh meningkatkan kemahiran menulis dengan baik.

INSPIRATIONAL QUOTES

susah menulis????

Menulis? Apa  yang susah dari menulis? saat kita menulis bererti kita sedang mencurahkan apa yang ada dalam fikiran kita. Penyampaian informasi dapat disampaikan dengan beberapa cara sehingga orang lebih memilih menyampaikan informasi dengan cara langsung atau melalui perkataan biasa lebih cepat dan lancar. Namun, jika penyampaian informasi dengan cara menulis kebanyakan orang agak kesulitan selain itu susah karena masalah penggunaan bahasa.
          Menulis harus selalu dibiasakan maka penyampaian informasi melalui tulisan akan lebih lancar lagi. Sama seperti kita belajar untuk berbicara pada waktu masih bayi. Kita berusaha pada saat itu berbicara dengan baik, hingga dengan saat ini kita pun mampu untuk menyampaikan informasi dan membuat orang lain memahami apa yang kita sampaikan. Jadi kerana kita tidak selalu menyampaikan informasi dengan menulis maka kita mengalami kesulitan. Mulai sekarang biasakannlah dirimu untuk menulis apa pun itu yang ada dalam pikiranmu... sehingga suatu saat nanti kamu akan memahami bahwa ternyata menulis itu menyenangkan dan dapat di manfaatkan kepada semua.

Wednesday, September 25, 2013




INSPIRATIONAL QUOTE







APA ERTINYA MENJADI SEORANG PELAJAR?


Belajar adalah kewajipan seorang pelajar, hidup tanpa belajar bagaikan raga tanpa jiwa. Matlamat utama pelajar mestilah untuk mendapat markah yang tinggi dalam setiap peperikssan. Bahkan sewaktu kita(pelajar) dari sekolah hingga ke zaman university ibubapa dan orang sekeliling kita tidak pernah penat menggalakkan, memberi semangat dan dorongan kepada kita untuk berlajar 
bersungguh-sungguh.

Tidak mustahil ramai diantara pelajar menjadikan kata-kata semangat dari ibubapa sebagai dorongan untuk kita berlajar dengan bersungguh-sungguh. Perkara paling menggembirakan bagi pelajar adalah ketika mendapat keputusan cemerlang dan melihat ibubapa mengucapkan tahniah diatas kejayaan yang diperolehi.

Kehidupan pelajar memang mencabar dari pelbagai aspek, justeru tanpa bimbingan, nasihat dan pegangan agama yang kukuh, tidak mustahil ada pelajar yang membunuh diri akibat tekanan yang melampau. Justeru kita kene sentiasa mengikut landasan Islam yang betul bagi mengelakkan KITA berasa terlampau tertekan

Dalam islam kita kene amalkan tiga perkara iaitu doa, usaha dan tawakal. Tapi ramai yang tinggal dua perkara yang utama sebelum tawakal sedangkan tawakal adalah perkara terakhir kita kene buat, kerana tanpa doa dan usaha tidak guna kita bertawakal. DOA,USAHA,TAWAKAL harus diselarikan, InsyaAllah kita akan Berjaya menjadi seorang pelajar yang dikagumi suatu hari nanti J


KESAN LAMAN SOSIAL 
 Laman sosial ditakrifkan sebagai satu pengantara maya untuk menjalinkan komunikasi sesama manusia secara global yang dikuasakan dengan teknologi internet dan multimedia. Pada masa kini, seseorang yang tidak memiliki akaun di laman sosial dikatakan ketinggalan zaman. Di sebalik penggunakan laman sosial, kita harus sedar tentang kebaikan dan keburukan menggunakan laman sosial ini.

Kebaikan:

1)      Dapat berkenalan dan berinterasi dengan lebih ramai kenalan
-          Laman sosial dijadikan sebagai alat perhubungan, contoh yang paling ketara adalah pertemuan semula rakan sekolah ataupun rakan kampung di alam maya dan seterusnya dapat mengetahui perkembangan sesama mereka. Laman sosial juga dijadikan sebagai alat perhubungan di antara pemimpin dan masyarakat dan juga di antara pelanggan dan pengeluar produk.

2)   Mengisi masa lapang dan menyebarkan ilmu pengetahuan
-          Hal ini berikutan, laman sesawang memberi penekanan kepada capaian ilmu dan maklumat melalui jaringan laman sesawang yang tidak terbatas. Fenomena ini mewujudkan dan membentuk masyarakat yang gemar belajar dan terus belajar sepanjang hayat. Peluang pembelajaran ini melangkaui batasan waktu dan geografi serta lebih bersifat terbuka

Keburukan:

1)    Berlakunya banyak penipuan atau pemalsuan
-          Contohnya, yang melibatkan remaja perempuan. Permulaan perkenalan remaja perempuan dengan lelaki di laman sosial biasanya akan membuatkan mereka merasakan diri antara yang bertuah dapat berkenalan dengan lelaki idaman. Justeru itu, mereka akan sedaya upaya memenuhi permintaan kenalan lelaki tersebut. Oleh itu, biasanya lelaki tersebut akan membuat temu janji dengan menyatakan tempat dan masanya. Remaja perempuan tersebut akan pergi ke tempat yang dinyatakan tanpa berfikir panjang. Terdapat kemungkinan remaja perempuan itu ditipu dan mungkin menjadi mangsa rogol

2)   Golongan remaja menjadi lalai dalam melakukan sesuatu tugasan
-          Ini berikutan di laman social terdapat pelbagai aplikasi yang menarik. Hal ini menyebabkan pengguna akan berasa seronok sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka. Selain itu, penggunaan laman social juga memberi kesan kepada prestasi pelajaran. Hal ini berlaku kerana masa yang sepatutnye diperuntukkan untuk mengulangkaji diganti dengan melayari laman sesawang.  



Kenapa menulis itu susah


 KENAPA MENULIS ITU SUSAH?

  •  Susah merangkai kata-kata!!
  • Tidak tahu harus dimulai dari mana!!
  • Tiada masa!!
  • Susah mendapatkan idea!!

Tapi sebenarnya disebalik semua itu, punca utama seseorang itu sukar untuk menulis adalah kerana malas berfikir dan bimbang jika apa yang ditulis akan menyebabkan individu lain terasa dan marah dengan tulisan kita.

Susah itu hanya dalam fikiran. Kalau kita fikirkan menulis itu tidak susah dan lakukan dengan sepenuh hati maka tidak susah sebenarnye.

Sebagai contoh ramai yang menjadi penulis, tidak kira samaada menulis buku, cerpen dan sebagainya. Disebabkan itu wujudnya blog, dalam blog berbagai jenis penulisan dapat kita lihat, tidak kiralah penulis blog tersebut seorng pelajar, guru atau suri rumah tangga. Banyak yang boleh dikongsikan dengan penulisan. 

MULAILAH DENGAN MENULISKAN PERKARA YANG KAMU KETAHUI, JUSTERU TULISLAH TENTANG PENGALAMAN DAN PERASAAN SENDIRI”- Stephen King

“KALAU KAMU BUKAN ANAK RAJA DAN ENGKAU BUKAN ANAK ULAMA BESAR, MAKA JADILAH PENULIS” - Imam Al-Ghazali

Sunday, September 22, 2013


KESAN LAMAN SOSIAL KEPADA KITA

Assalamualaikum..

Jika berbincang mengenai laman sosial, tentunya tidak akan ada penghujung kerana laman sosial telah menjadi sebahagian yang penting dalam kehidupan kita. Oleh kerana ini, saya akan menghuraikan sedikit mengenai pengaruh laman sosial dalam kehidupan kita. Dari pelajar  sekolah rendah sehingga orang dewasa, mereka menggunakan laman sosial. Jadi, jika membahaskan soal pengaruh terhadap kehidupan kita seharusnya ada iaitu pengaruh positif dan negatif.

Pengaruh positif adalah mengenai proses pembelajaran, dimana terdapat begitu banyak tugasan yang dapat diselesaikan dengan bantuan laman sosial sehingga tidak perlu berada terlalu lama diperpustakaan untuk mendapatkan maklumat yang kita perlu. Pengaruh positif yang lain ialah berkomunikasi, iaitu melalui laman sosial ia dapat memudahkan proses menyampaikan maklumat, membincangkan sesuatu hal, dalam pergaulan dan sebagai hiburan.

Dalam masa yang sama, laman sosial juga turut menyumbangkan pengaruh negatif terhadap pengguna. Antaranya trend “copy-paste” menjadi masalah terhadap pelajar kerana kurangnya kemahiran dalam menyelesaikan tugasan. Bagi komunikasi pula ialah dimana pengguna munggunakan laman sosial sebagai tempat bermadu kasih, tempat meluahkan perasaan dan tempat untuk mempromosikan diri kepada pengguna yang lain dan sebagainya.

Kesimpulannya, laman sosial itu memiliki pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan kita yang telah memainkan peranan yang kuat dalam kegiatan seharian kita dengan segala kemudahan, kelebihan dan manfaat yang disajikan. Tetapi kita sebagai manusia tidak akan dibuai dengan segala kebaikan sahaja, kerana jika kita tidak menggunakan kemudahan dengan baik maka akan terdapatlah kesan-kesan negatif dan dapat merugikan diri kita sendiri.

Bagaimana pula pengaruh laman sosial dalam kehidupan anda?





KENAPA MENULIS ITU SUSAH?


Kenapa menulis itu susah dan kenapa perlu menulis? Apa tujuan kita menulis? Menulis ni sebab apa sebenarnya. Entahlah, saya pun tak tahu. Orang kata masa kita menulis itu bermaksud kita sedang mengeluarkan apa yang ada dalam fikiran kita. Menyampaikan sesuatu dari lubuh hati kita dengan secara spontan.Tapi saya tak tahu nak tulis apa sebab saya tak ada idea nak tulis.

Bagaimanapun, menulis harus selalu dibiasakan maka penyampaian maklumat melalui tulisan akan lebih lancar lagi. Sama seperti kita belajar untuk bercakap pada waktu masih bayi. Kita berusaha pada saat itu berbicara dengan baik, hingga dengan saat ini kita pun mampu untuk menyampaikan maklumat dan membuat orang lain memahami apa yang kita bicarakan. Jika kita tidak selalu menyampaikan maklumat dengan menulis maka kita mengalami kesulitan untuk menulis. Mulai sekarang biasakannlah diri untuk menulis apa pun yang ada dalam fikiran, sehingga suatu saat nanti kita akan memahami bahawa ternyata menulis itu menyenangkan.

Saya sememangnya teringin sangat nak menulis. Saya nak kongsi apa yang saya tahu, apa yang saya mampu dan apa yang saya ada. Sebab saya nak pahala yang berterusan bila saya dah mati nanti. Saya nak pahala daripada ilmu yang dapat dimanfaatkan oleh orang lain tu. Insyaallah saya akan berusaha untuk menulis.

                    
   


INSPIRATIONAL QUOTES



Daripada Abdullah bin Abbas r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Janganlah bergantung kepada manusia, walaupun dengan alat pembersih gigi."
(Riwayat Al-Haithami)

Pengajaran:
Janganlah kita hanya mengharapkan bantuan sesama manusia dengan mengetepikan usaha sendiri. Walaupun kita sesama manusia, belum tentu mereka mahu membantu kita setiap masa. Yang utamanya, kita mesti berusaha, kemudian berdoa, yang disertakan dengan tawakal.

APA ERTINYA MENJADI SEORANG PELAJAR?


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca. Syukur kepada yang Maha Esa kerana memberi saya peluang menyiapkan tugasan saya sebagai seorang pelajar. Di sini saya akan menghuraikan “apa ertinya menjadi seorang pelajar”.

Sebagai seorang pelajar, terdapat pelbagai tanggungjawab yang perlu dipikul termasuklah tanggungjawab terhadap diri sendiri, ibu bapa, guru, negara, dan sebagainya. Antaranya :


  1. TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP DIRI SENDIRI
    • Menjaga kebersihan diri, termasuklah kebersihan fizikal, mental dan rohani, bersopan, jujur dan amanah, menghargai masa dan menepati masa, berjimat cermat, bersifat sederhana dan tidak sombong, sabardan bertolakansur, menghormati hak asasi orang lain, berani dan cekal hati, berdedikasi dan berdikasi, berjuang mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.
  2. TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP KELUARGA
    • Menghormati orang-orangtua dan ibu-bapa, memupuk hubungan yang baik sesama ahli keluarga, memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadi seorang yang berpendidikan dan bermoral tinggi, menjaga nama baik keluarga, menghormati sahabat/kenalan keluarga.
  3. TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP GURU
    • Menghormati guru sebagai sumber pengetahuan, bersopan terhadap guru , bersedia memberi kerjasama dan bantuan, mematuhi arahan guru (yang tidak bertentangan dengan kehendak agama), menjaga perasaan guru, menerima teguran guru dengan positif.
  4. TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP NEGARA
    • Mencintai negara dan bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan negara, mematuhi undang-undang, mengamalkan Prinsip Rukunegara, menjaga kemudahan-kemudahan awam, menjaga dan menaikkan imej negara, memelihara perpaduan dan kerukunan hidup rakyat Malaysia, memelihara dan mempertahankan keindahan semulajadi Negara.

 SEMOGA MENJADI PELAJAR YANG BERTANGGUNGJAWAB!!

Sunday, August 25, 2013

KESAN LAMAN SOSIAL KEPADA KITA

assalamualaikum.....


Apa itu laman sosial? Laman sosial ialah alat untuk berkongsi dan berhubung dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia di alam maya. Pada masa kini, seseorang yang tidak memiliki akaun di laman sosial dikatakan ketinggalan zaman dan tidak mengikuti perkembangan teknologi semasa. Di antara laman sosial yang popular ialah Facebook, Twitter, Google+ dan MySpace. Laman sosial ini menjadi bertambah popular kerana ianya boleh di akses di mana saja berada hanya dengan menggunakan telefon bimbit. Di sebalik keghairahan masyarakat kita menggunakan laman sosial, kita harus sedar tentang kebaikan dan keburukan menggunakan laman sosial ini. Setiap masyarakat kita mesti mengambil sikap secara serius tentang risiko-risiko yang bakal dihadapi hasil dari laman sosial ini. di sini saya ingin kongsikan keburukannya dan kesanya kepada kita.

Keburukan:-

1. Pembaziran masa.  Penggunaan yang terlampau lama di dalam laman sosial mengakibatkan pembaziran masa berlaku. Contohnya aplikasi “games”. Terdapat ramai pengguna laman sosial menjadi ketagih dengan aplikasi “games” seperti Farmville, Mafia Wars dan Pet Society. Ianya seolah-olah menjadi satu kerugian kepada mereka sekiranya meninggalkan permainan tersebut. Ianya memang secara terang berlakunya pembaziran masa. Masa diluangkan dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah.

2. Penipuan. Penipuan boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk juga di laman sosial. Pengguna laman sosial mesti bijak dalam mengenalpasti akan kesahihan sesuatu perkara yang terdapat di laman sosial. Pengguna juga jangan cepat percaya dengan orang yang tidak dikenali.Contoh penipuan yang terdapat di laman sosial adalah seperti pelaburan haram. Terdapat ayat-ayat yang digunakan seperti “setiap kali login di facebook dapat RM100”..memang menarik tapi begitu mudah nak dapat duit? Apabila di siasat ia hanyalah sebagai salah satu teknik untuk menarik perhatian pengguna facebook memasuki skim tersebut. Terdapat juga pengguna yang tertipu akibat terlampau percaya dengan kenalan facebook yang hanya dikenali di laman sosial. 

3. Pencerobohan akaun. Pengguna laman sosial dinasihatkan supaya tidak memasukkan maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, nombor telefon, alamat rumah dan sebagainya. Sekiranya pencerobohan maklumat berlaku, mereka yang tidak bertanggungjawab, boleh menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan-tujuan tertentu yang pasti tanpa keizinan pemilik yang sebenar. Seringkali kita mendengar akaun laman sosial selebriti-selebriti tanahair yang berjaya diceroboh dan ianya memberi kesan yang buruk kepada pemilik sebenar. 

4.Sebagai satu media untuk menyebarkan fitnah. Terdapat juga kes di mana laman sosial digunakan sebagai alat untuk menyebarkan fitnah di mana gambar-gambar yang tidak senonoh mungkin telah diupload tanpa pengetahuan pemilik gambar tersebut dan pelbagai fitnah telah dilemparkan. Pemilik akaun laman sosial seharusnya bijak dalam mengendalikan akaun mereka.  Add Friends hanya yang dikenali, kadang-kadang kita lihat beribu jumlah friends, tapi kenal ke? Kalau tak kenal, perkongsian maklumat harus la terhad.

5. Kebocoran maklumat. Ini boleh berlaku sekiranya pemilik akaun laman sosial memberi maklumat sulit tentang syarikat di mana tempat mereka bekerja. Kebocoran maklumat ini boleh memberi kesan negatif kepada syarikat terbabit. Pekerja sesebuah syarikat harus tahu membezakan maklumat yang boleh dikongsi dengan orang ramai dengan maklumat yang tidak boleh dikongsi dan sekiranya dikongsi boleh memberi kesan yang buruk kepada syarikat  tersebut sekiranya maklumat tersebut diketahui oleh pesaing syarikat terbabit. Sekiranya tak tahu nak beza, jalan selamat, tidak perlu kongsi maklumat tersebut. 

from: farhana khairudin

APA ERTI MENJADI SEORANG PELAJAR
assalamualaikum.......
topik bagi penulisan saya ialah apa erti menjadi seorang pelajar.
Pelajar berjaya mempunyai matlamat dan sasaran yang jelas.Mereka tahu apa tujuan mereka belajar. Mereka tahu berapa ‘A’ yang mereka mahukan atau berapa peratus markah yang mereka mahukan. Mereka juga jelas tentang pengkhususan atau bidang yang ingin diceburi di universiti, mahupun kerjaya yang bagaimana bakal ditempuh dan sebgainya. Bagi seorang pelajar Muslim, penetapan matlamat dan sasaran adalah sangat penting. Namun matlamat dan sasaran yanag ingin ditetapkan, adalah berlandaskan kepada petunjuk dan panduan yang telah digariskan oleh Islam. Sebagaimana dinukilkan dalam hadith Nabi (SAW),
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” [ Riwayat Al Bazzar]
menjadi seoarang pelajar adalah salah satu tanggungjawab yang agak rumit dan besar. bagi saya menjadi seorang pelajar yang cemerlang banyak yang kita perlu tempuhi untuk mengejar impian masing-masing. apa jua cabaran dan dugaan yang mendatang akan kita lalui dan tempuhi dengan tabah dan penuh semangat samada dari segi pembelajaran mahupun konflik kehidupan masing-masing. serta bijak menangani apa jua masalah yang kita hadapi.
kadangkala kita jatuh tetapi janganlah mudah mengalah dan sebaliknya kita harus terus berusaha bagi mencapai impian dan memperoleh kejayaan yang kita impikan selama ini. insyaallah kita akan berjaya.

from: farhana khairudin

Thursday, August 15, 2013

Apakah kesan laman sosial kepada kita?

 بسم الله الرحمن الرحيم

Laman sosial makin menjadi tapak bagi pengguna internet bagi memperluaskan lagi rangkaian kawan-kawannya. Boleh dikatakan semua pengguna internet mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun laman sosial. Ianya menjadi fenomena sekaligus memberi kesan samada baik atau buruk. Dalam entri ini saya akan berkongsi keburukan dan kebaikan laman sosial kepada pengguna internet.


Kebaikan laman sosialツ
  1. Boleh menghubungi teman lama yang terpisah. Kira macam ‘Jejak Kasih’ la. Boleh mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan antara satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah lama. Kisah manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya. Silap haribulan boleh jumpa balik kekasih lama yang telah terpisah /dipisahkan.
  2. Mudah memberitahu sesuatu perkara. Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh di letakkan di sana dan dimaklumkan kepada rakan-rakan. Mudah dan cepat.
  3. Perkongsian maklumat. Kalau anda bijak mencari kawan yang sesuai, anda akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. 


Keburukan laman sosialツ
  1. Melalaikan. Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan tanggungjawab.
  2. Obses. Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang darinya. Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika ber’sosial’ di laman tersebut. Tak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan obses terhadap laman sosial.
  3. Terhakis pergaulan secara realiti. Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding offline. Sedikit sebanyak mengugat komuniti tempatan.
  4. Gangguan kesihatan. Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Hal ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan.
  5. Gangguan oleh individu tak dikenali. Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi . Sebab itu perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda.
Antara laman sosial yang menjadi fenomena kepada generasi kini




Kenapa menulis itu susah?

Assalamualaikum

Sempena cuti raya ini, pensyarah kami telah berikan tugasan untuk menulis blog dengan tiga tajuk yang berbeza. Huhuhu. Cuti pun kena buat assignment okay. Hehe Biasalah pelajar memang suka tangguh-tangguh kerja. Bila dah banyak baru kelam kabut. Hehehe


Tajuk yang diberi ialah 'Kenapa menulis itu susah?' Susah ke menulis ni? Hmmm, pada pendapat peribadi saya lah menulis itu tidaklah susah seperti yang dinyatakan. Hal ini kerana dengan menulis kita diberikan hak atau kebebasan untuk mengutarakan pendapat atau membangkang pendapat orang lain sekiranya perlu. 


Selain itu, dengan menulis jugak lah kita dapat ilmu pengetahuan, memperbaiki penggunaan tatabahasa kita terutamanya dalam karangan dan kita juga dapat meluaskan ilmu yang kita tahu kepada orang lain. Jadi, menulis itu tidaklah susah sebenarnya. Penyakit 'M' yang membuatkan benda ni susah. 


Bila kita dah set dalam kepala yang menulis itu susah benda yang senang pun akan jadi susah. Jadi, dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Terpulang pada individu sendiri jalan mana yang mereka pilih. Tiada perkara yang senang dalam dunia ini. Pepatah ada mengatakan 'Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian'ツ 



Always think positive

Inspirational quoteツ





Quote from inspiring life quotes

Saturday, August 3, 2013

Apa erti menjadi seorang pelajar?

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang."

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya update blog ni. Setelah sekian lama bermain tarik tali dengan diri sendiri untuk update blog, akhirnya tercapai juga hasrat yang terpendam ini.

Mula-mula rasa kekoklah pula nak menulis walaupun sebenarnya banyak benda yang nak diceritakan. Sebenarnya sudah agak lama pensyarah memberi arahan untuk membuat entri pertama di blog. Tapi tiba-tibalah pula jadi ‘kelu’. Kelu bukan apa. Tak tahu nak bermula dari mana.

Entri pertama yang diberikan kepada saya adalah berkaitan apa ertinya menjadi seorang pelajar? Pada pendapat saya seorang pelajar bukan setakat belajar sehingga berjaya dan lulus peperiksaan semata-mata. Berat sebenarnya tanggungjawab/tugas sebagai seorang pelajar. Tanggungjawab yang dipikul bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi melibatkan ramai pihak. Antaranya ibu bapa, adik-beradik, pensyarah, rakan-rakan dan tidak dilupakan juga niat kita belajar segala ilmu tentunya kerana Allah s.w.t. Menjadi seorang pelajar tidak semudah yang disangka. 

Sebagai pelajar yang masih menuntut di universiti, rakan-rakan adalah antara orang yang paling rapat dengan kita. Memilih sahabat yang baik sangat sangat dititik beratkan kerana jika tersalah langkah kita akan terpengaruh sama. Oleh hal sedemikian, hal ini tidak seharusnya dianggap enteng oleh pelajar. Mereka perlu tahu kesannya jikalau tersalah dalam menilai sahabat baik yang sentiasa ada ketika susah dan senang dengan sahabat yang ada ketika kita senang sahaja. 

Pelajar bukan sahaja perlu menjaga nama baik diri sendiri bahkan nama baik ibu bapa juga. Pelajar perlu menjaga perlakuan walau dimana jua kita berada. Perwatakan yang baik melambangkan ibu bapa berjaya dalam mendidik anak-anak mereka. Sesetengah pelajar apabila berada jauh dari keluarga, mereka mula berubah perangai masing-masing atau dalam erti kata yang lain 'culture shock'. 

Saya sendiri setakat ini, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Tapi tipulah kalau saya katakan hari-hari yang saya lalui semuanya serba serbi SEMPURNA. Tidak. Ujian pastinya mengiringi hari-hari saya. Terpulang pada diri ini saja bagaimana untuk menerima dan menghadapi ujian-ujian tersebut.

“Sesulit mana pun ujian yang diberi, pasti akan menjadi mudah bila diri percaya dan yakin pada ketentuan dari Allah s.w.t semuanya akan dapat diatasi walaupun pada permulaannya agak sukar untuk dijalani.” Dan Alhamdulillah, Allah s.w.t sentiasa memberi kekuatan pada saya untuk terus menghadapi ujian-ujian dari Dia.

Semenjak bergelar pelajar, saya belajar banyak perkara. Termasuklah mendidik diri sendiri untuk menjadi berani, yakin pada diri, bersabar, berdikari, berusaha. Alhamdulillah ya Allah. Mungkin ujian yang berlaku ini adalah ujian untuk diri saya agar menjadi seorang pelajar yang lebih baik.

Saya selalu yakinkan diri bahawa pandangan manusia pada saya itu hanya biasa. Saya lebih mementingkan pandangan Allah kerana pandangan itulah yang lebih utama untuk menentukan saya hamba yang bagaimana.

Sesungguhnya, yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. Semoga Allah meredhai.

Syukran Allah :D