"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang."
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya update blog ni. Setelah sekian lama bermain tarik tali dengan diri sendiri untuk update blog, akhirnya tercapai juga hasrat yang terpendam ini.
Mula-mula rasa kekoklah pula nak menulis walaupun sebenarnya banyak benda yang nak diceritakan. Sebenarnya sudah agak lama pensyarah memberi arahan untuk membuat entri pertama di blog. Tapi tiba-tibalah pula jadi ‘kelu’. Kelu bukan apa. Tak tahu nak bermula dari mana.
Entri pertama yang diberikan kepada saya adalah berkaitan apa ertinya menjadi seorang pelajar? Pada pendapat saya seorang pelajar bukan setakat belajar sehingga berjaya dan lulus peperiksaan semata-mata. Berat sebenarnya tanggungjawab/tugas sebagai seorang pelajar. Tanggungjawab yang dipikul bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi melibatkan ramai pihak. Antaranya ibu bapa, adik-beradik, pensyarah, rakan-rakan dan tidak dilupakan juga niat kita belajar segala ilmu tentunya kerana Allah s.w.t. Menjadi seorang pelajar tidak semudah yang disangka.
Sebagai pelajar yang masih menuntut di universiti, rakan-rakan adalah antara orang yang paling rapat dengan kita. Memilih sahabat yang baik sangat sangat dititik beratkan kerana jika tersalah langkah kita akan terpengaruh sama. Oleh hal sedemikian, hal ini tidak seharusnya dianggap enteng oleh pelajar. Mereka perlu tahu kesannya jikalau tersalah dalam menilai sahabat baik yang sentiasa ada ketika susah dan senang dengan sahabat yang ada ketika kita senang sahaja.
Pelajar bukan sahaja perlu menjaga nama baik diri sendiri bahkan nama baik ibu bapa juga. Pelajar perlu menjaga perlakuan walau dimana jua kita berada. Perwatakan yang baik melambangkan ibu bapa berjaya dalam mendidik anak-anak mereka. Sesetengah pelajar apabila berada jauh dari keluarga, mereka mula berubah perangai masing-masing atau dalam erti kata yang lain 'culture shock'.
Saya sendiri setakat ini, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Tapi tipulah kalau saya katakan hari-hari yang saya lalui semuanya serba serbi SEMPURNA. Tidak. Ujian pastinya mengiringi hari-hari saya. Terpulang pada diri ini saja bagaimana untuk menerima dan menghadapi ujian-ujian tersebut.
“Sesulit mana pun ujian yang diberi, pasti akan menjadi mudah bila diri percaya dan yakin pada ketentuan dari Allah s.w.t semuanya akan dapat diatasi walaupun pada permulaannya agak sukar untuk dijalani.” Dan Alhamdulillah, Allah s.w.t sentiasa memberi kekuatan pada saya untuk terus menghadapi ujian-ujian dari Dia.
Semenjak bergelar pelajar, saya belajar banyak perkara. Termasuklah mendidik diri sendiri untuk menjadi berani, yakin pada diri, bersabar, berdikari, berusaha. Alhamdulillah ya Allah. Mungkin ujian yang berlaku ini adalah ujian untuk diri saya agar menjadi seorang pelajar yang lebih baik.
Saya selalu yakinkan diri bahawa pandangan manusia pada saya itu hanya biasa. Saya lebih mementingkan pandangan Allah kerana pandangan itulah yang lebih utama untuk menentukan saya hamba yang bagaimana.
Sesungguhnya, yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. Semoga Allah meredhai.
Syukran Allah :D
No comments:
Post a Comment