KESAN LAMAN SOSIAL KEPADA KITA
Assalamualaikum..
Jika berbincang mengenai laman sosial, tentunya tidak akan ada penghujung kerana laman sosial telah menjadi sebahagian yang penting dalam kehidupan kita. Oleh kerana ini, saya akan menghuraikan sedikit mengenai pengaruh laman sosial dalam kehidupan kita. Dari pelajar sekolah rendah sehingga orang dewasa, mereka menggunakan laman sosial. Jadi, jika membahaskan soal pengaruh terhadap kehidupan kita seharusnya ada iaitu pengaruh positif dan negatif.
Pengaruh positif adalah mengenai proses pembelajaran, dimana terdapat begitu banyak tugasan yang dapat diselesaikan dengan bantuan laman sosial sehingga tidak perlu berada terlalu lama diperpustakaan untuk mendapatkan maklumat yang kita perlu. Pengaruh positif yang lain ialah berkomunikasi, iaitu melalui laman sosial ia dapat memudahkan proses menyampaikan maklumat, membincangkan sesuatu hal, dalam pergaulan dan sebagai hiburan.
Dalam masa yang sama, laman sosial juga turut menyumbangkan pengaruh negatif terhadap pengguna. Antaranya trend “copy-paste” menjadi masalah terhadap pelajar kerana kurangnya kemahiran dalam menyelesaikan tugasan. Bagi komunikasi pula ialah dimana pengguna munggunakan laman sosial sebagai tempat bermadu kasih, tempat meluahkan perasaan dan tempat untuk mempromosikan diri kepada pengguna yang lain dan sebagainya.
Kesimpulannya, laman sosial itu memiliki pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan kita yang telah memainkan peranan yang kuat dalam kegiatan seharian kita dengan segala kemudahan, kelebihan dan manfaat yang disajikan. Tetapi kita sebagai manusia tidak akan dibuai dengan segala kebaikan sahaja, kerana jika kita tidak menggunakan kemudahan dengan baik maka akan terdapatlah kesan-kesan negatif dan dapat merugikan diri kita sendiri.
Bagaimana pula pengaruh laman sosial dalam kehidupan anda?


No comments:
Post a Comment