Pages

Wednesday, September 25, 2013

KESAN LAMAN SOSIAL 
 Laman sosial ditakrifkan sebagai satu pengantara maya untuk menjalinkan komunikasi sesama manusia secara global yang dikuasakan dengan teknologi internet dan multimedia. Pada masa kini, seseorang yang tidak memiliki akaun di laman sosial dikatakan ketinggalan zaman. Di sebalik penggunakan laman sosial, kita harus sedar tentang kebaikan dan keburukan menggunakan laman sosial ini.

Kebaikan:

1)      Dapat berkenalan dan berinterasi dengan lebih ramai kenalan
-          Laman sosial dijadikan sebagai alat perhubungan, contoh yang paling ketara adalah pertemuan semula rakan sekolah ataupun rakan kampung di alam maya dan seterusnya dapat mengetahui perkembangan sesama mereka. Laman sosial juga dijadikan sebagai alat perhubungan di antara pemimpin dan masyarakat dan juga di antara pelanggan dan pengeluar produk.

2)   Mengisi masa lapang dan menyebarkan ilmu pengetahuan
-          Hal ini berikutan, laman sesawang memberi penekanan kepada capaian ilmu dan maklumat melalui jaringan laman sesawang yang tidak terbatas. Fenomena ini mewujudkan dan membentuk masyarakat yang gemar belajar dan terus belajar sepanjang hayat. Peluang pembelajaran ini melangkaui batasan waktu dan geografi serta lebih bersifat terbuka

Keburukan:

1)    Berlakunya banyak penipuan atau pemalsuan
-          Contohnya, yang melibatkan remaja perempuan. Permulaan perkenalan remaja perempuan dengan lelaki di laman sosial biasanya akan membuatkan mereka merasakan diri antara yang bertuah dapat berkenalan dengan lelaki idaman. Justeru itu, mereka akan sedaya upaya memenuhi permintaan kenalan lelaki tersebut. Oleh itu, biasanya lelaki tersebut akan membuat temu janji dengan menyatakan tempat dan masanya. Remaja perempuan tersebut akan pergi ke tempat yang dinyatakan tanpa berfikir panjang. Terdapat kemungkinan remaja perempuan itu ditipu dan mungkin menjadi mangsa rogol

2)   Golongan remaja menjadi lalai dalam melakukan sesuatu tugasan
-          Ini berikutan di laman social terdapat pelbagai aplikasi yang menarik. Hal ini menyebabkan pengguna akan berasa seronok sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka. Selain itu, penggunaan laman social juga memberi kesan kepada prestasi pelajaran. Hal ini berlaku kerana masa yang sepatutnye diperuntukkan untuk mengulangkaji diganti dengan melayari laman sesawang.  



No comments:

Post a Comment