Pages

Thursday, September 26, 2013

KENAPA MENULIS ITU SUSAH ??


Susah selalunya bermula apabila timbul rasa malas dan kurang keyakinan pada diri sendiri. Menulis bukan sesuatu yang susah. Bahkan ia menjadi satu aktivi yang menarik sekiranya diamati dengan baik. Terdapat banyak perspektif yang menjadikan menulis itu susah.

Pertama adalah apabila menulis dalam keadaan terpaksa. Keadaan terpaksa menyebabkan seseorang itu hilang daya tumpuan terhadap penulisan mereka. Mereka tidak dapat idea dan penulisan yang baik. Adakalanya mereka hanya ambil sambil lewa kerana penulisan itu sesuatu yang menyakitkan hati dan tidak seronok. Penulisan yang baik datang dari fikiran yang tenang dan idea yang bernas.

Sebab kedua ialah malas. Seperti diatas, ramai yang menyatakan menulis itu susah tetapi mereka tidak sedar bahawa sifat malas yang datang dari diri mereka sendiri. Malas memang penyakit manusia. Malas perlu dihakis dalam diri dengan melakukan pelbagai aktiviti. Salahsatunya ialah menulis dan tidak kesah sekiranya dengan sepotong ayat. Bak kata pepatah “sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit”. Dengan sepotong ayat dilakukakan setiap hari boleh menghasilkan sebuah karangan yang menarik. Malah dengan menulis boleh menajamkan minda dan kemahiran.

Ketiga sebab kenapa menulis itu susah ialah rasa kurang keyakinan pada diri sendiri. Kadangkala seseorang itu bukan tidak mahu menulis, tetapi rasa kurang keyakinan untuk menulis. Selain itu, seseorang itu tidak berani mengasah bakat mereka dalam penulisan. Mereka rasa menulis sesuatu yang remeh dan sebagainya. Mereka kurang keyakinan bahawa sesutu penulisan itu kadangkala boleh memberi impak, pandangan dan dapat berkongsi idea dengan orang lain. Dengan menulis, seseorang boleh meningkatkan kemahiran menulis dengan baik.

No comments:

Post a Comment