Bila kita cerita tentang kehidupan seorang pelajar yang terpaksa menghadapi pelbagai saringan untuk bergelar mahasiswa adalah amat sukar. Mungkin pernah kita dengar guru-guru sewaktu zaman sekolah sering berkata. Belajar dekat Universiti lagi senang berbanding belajar dekat sekolah. Bagi saya, macam lebih kurang ja. Mungkin apa yang dikatakan cikgu tu betul. Tapi pada dasarnya ia terletak kepada kemampuan individu tersebut dalam menangani perkara dengan baik dan sistematik.
Disekolah, kita dibimbing oleh guru, kadang-kadang tu dirotan, dimarah dan didenda. Tapi sekarang baru saya sedar. Mengapa dan kenaoa mereka buat begitu dulu. Tugasnya mereka hanya mendidik dan selebihnya terletak dibahu para pelajar tersebut. So jangan kata cikgu-cikgu disekolah tu jahat dan garang. Dan kita kena tahu pada zahirnya bahawa tugas mereka hanya mendidik bukan mengherdik. Pengalaman pindah ke 5 sekolah cukup mendewasakan saya sebagai seorang pelajar. Saya kenal apa itu erti kesusahan, kesetiaan tanggungjawab dan sebagainya.Even saya bukanlah tergolong dalam murid cemerlang dalam sekolah yang pernah saya menuntut ilmu. Banyak benda sebenarnya yang saya belajar.:D.
Saya pindah pun bukan berdasarkan tahap disiplin yang rendah dan sering membuat hal. Opss! tidak sama sekali. Please percaya.Saya murid yang baik. Hehe. Orang pernah cakap,Doa ,usaha dan tawakal. Tapi ramai orang yang tinggal dua perkara yang utama sedangkan perkara terakhir yang perlu mereka buat adalah tawakal,tidak sepenting doa dan usaha. Even kita bertawakal tapi Doa dan usaha tidak mengiringi kita, pun tidak boleh jugak. Ingat kita hidup didunia berlandaskan seorang Islam.Islam mengajar kita pelbagai bentuk persediaan samada diukhrawi dan duniawi. So sebab tu kita tidak boleh membelakangkan agama dalam menggapai cita. Even kita berusaha bagai nak rak pun. kalau tanpa doa dari kedua ibu bapa untuk merestui segala apa yang kita belajar pun tak guna jugak. So macam apa yang saya katakan. Menjadi seorang pelajar DOA,USAHA,TAWAKAL harus diselarikan,InsyaAllah.:)
No comments:
Post a Comment